Sejak dulu madu dikenali sebagai "ubat" kerana mempunyai kandungan senyawa-senyawa yang berkhasiat bagi kesihatan. Sebuah pasukan penyelidikan di Madrid, Sepanyol, mencari khasiat lain madu. Ternyata, madu mengandung senyawa antioksidan yang cukup tinggi, sejak beratus-ratus tahun yang lalu produk perlebahan telah digunakan masyarakat di penjuru dunia sebagai makanan tambahan maupun ubat. Bahkan hingga kini, setelah melalui banyak kajian oleh para ahli ternyata banyak sekali manfaat yang boleh di dapat dari produk perlebahan, dan salah satu manfaat yang dimaksudkan adalah sebagai antioksidan. Apa itu Antioksidan? (rujuk topik terdahulu)
Khasiat tersembunyi madu itu khususnya terdapat pada jenis madu honeydew, yakni madu yang dibuat lebah dari kumpulan cecair gula pada tanaman yang ditinggalkan serangga penghisap madu lain. Honeydew ini warnanya lebih gelap dari madu biasa.
Dalam penyelidikan tersebut, diteliti 36 jenis madu, antara lain madu yang dihasilkan daripada nektar bunga yang sedang mekar, dan madu jenis honeydew. Hasilnya, madu honeydew yang hanya terdapat di beberapa kawasan di seluruh dunia ini, terbukti mengandungi antioksidan lebih tinggi berbanding madu biasa.
Namun, kita juga tidak perlu berlebihan dalam memakan madu sekali pun terbukti berkhasiat. Kerana mengandungi gula sebanyak 80%!
Madu Multiflora Pergununan Kyrgyzstan 100% Asli
-Produk Keluaran Olive House-
Pada masa ini ada 5 fakta manfaat madu bagi kesihatan:
1. Madu sebagai sumber anti-oksidan
2. Madu berperanan sebagai anti-mikrob
3. Madu sebagai sumber tenaga
4. Pengambilan madu dapat memperbaiki dan meningkatkan daya tahan tubuh secara semulajadi dan dapat melawan keadaan-keadaan klinikal tertentu.
5. Madu mengandungi banyak nutrisi, antara lain asam amino, vitamin, mineral, dan lain-lain.
Bagaimana dengan madu? Madu sangat baik untuk menjaga kesihatan pencernaan dan pernafasan.
Mari kita lihat satu persatu manfaat daripada produk-produk pelebahan. Mekanisme kerja produk lebah sebagai anti-oksidan. Sampai saat ini mekanisme kerja produk lebah sebagai antioksida sama seperti antioksidan flavonoid lain iaitu:
-Mencegah pengoksidaan sejak awal reaksi
-Menghalang proses pengoksidaan akan saat reaksi berlaku
-Memperbiki kerosakan akibat pengoksidaan
Dengan demikian kesan antioksidan produk perlebahan akan memberikan khasiat: Antitumor, dengan cara menghalang enzim-enzim yang berperanan dalam pembahagian sel, anglogenesis, dan apoptosis (kematian sel).
Anti inflamasi, menghalang aktiviti enzim COX dan LOX yang diperlukan dalam pembentukan pengantara keradangan; serta menghalang histamin. kardiovaskular; mencegah aterosklerosis dan thrombosis dengan cara melindungi LDL daripada proses pengoksidaan; dan menurunkan agregasi platelet.
Peranan anti-oksida produk lebah terhadap imuniti
Peranan anti oksidan terhadap imuniti dari kajian Al-Waili yang memberi madu secara penyerapan melalui vena maka dijumpai peningkatan kadar gula darah hanya untuk masa rendah dari saat puasa. Pemberian madu secara intra vena berkhasiat melindungi hati dan klroform. Tahun berikutnya Al-Waili meneliti kesan penggunaan madu selama 15 hari maka dijumpai penurunan kolesterol, CRP, Homosistein dan kadar gula darah puasa.
Bila diberikan pada pesakit dengan hipertrigliseritimia ternyata madu mampu menurunkan lemak ini begitu juga pada pesakit hiperlipidemia madu menurunkan kolesterol. Madu boleh meningkatkan rembesan insulin yang lebih besar daripada yang disebabkan oleh pemberian sukrose. Pada kajian lain, Al-Waili mendapati bahawa pemberian madu peroral akan merangsang pembentukan antibodi selama respon imun primer dan sekunder.
Sumber Rujukan:
http://maduhutankalimantan.com/manfaat-madu/sehat-madu-sebagai-antioksidan/
No comments:
Post a Comment