Tuesday 29 November 2016

10 bahan kimia berbahaya dalam produk kecantikan

Menjaga kecantikan merupakan perkara yang wajib untuk dilakukan bagi sebahagian besar wanita. Salah satu caranya adalah dengan memakai produk kecantikan yang banyak dijual secara umum. Namun sebelum membeli produk-produk kecantikan tersebut, perhatikan bahan kimia yang terkandung di dalamnya.


Berikut ini adalah 10 bahan kimia berbahaya yang biasa didapati dalam produk kecantikan.

Triclosan

Triclosan merupakan salah satu jenis bahan kimia yang paling banyak didapati di dalam cecair pembersihan. Namun bahan kimia ini boleh membahayakan tubuh anda sebab boleh mencipta kewujudan pertahanan bakteria sehingga bakteria menjadi lebih kebal dan semakin kuat menyerang kesihatan tubuh manusia.

Methylisothiazonlinone

Zat yang sering disebut dengan MI atau MIT ini sebaiknya anda elakkan terutama untuk kesihatan buah hati anda. Sebab zat ini mampu mencipta iritasi kulit bayi.

Fragrance / wewangian

Anda perlu berhati-hati dengan produk kecantikan yang mengandungi minyak wangi yang menyengat. Sebab beberapa pewangi mempunyai sifat karsinogen dan alergen.

Sodium lauryl sulfate

Bahan kimia ini banyak dijumpai di dalam sabun atau pembersih lain. Namun sayangnya bahan ini membuat kulit jadi lebih banyak menyerap bahan kimia sehingga mampu membahayakan kesihatan anda.

1,4 dioxane

bahan-bahan ini diketahui mempunyai sifat karsinogen atau mampu mencetuskan kemunculan kanser di dalam tubuh.

Oxybenzone

Bahan ini banyak dijumpai di dalam krim pelindung pelindung suria(sunblock) termasuk pelindung suria untuk anak-anak. Namun mampu mencipta alergi pada kulit.

Timbal

Timbal adalah salah satu bahan kimia berbahaya yang apabila dipakai secara kerap akan menimbulkan kerosakan beberapa organ tubuh di masa mendatang.

BHA dan BHT

Butylated hydroxyanisole adalah salah satu bahan kimia yang sering digunakan sebagai bahan pengawet di dalam produk kecantikan. Bahan kimia ini mampu membahayakan kesihatan hormon endokrin anda.

DEA dan TEH

Dietanolamin dan triethanolamine atau yang biasa disebut dengan DEA dan TEH merupakan bahan kimia yang mampu mencetuskan iritasi kulit hingga kanser.

Petrolatum

Produk ini berasal dari olahan minyak bumi dan sering berganti nama menjadi minyak mineral atau petroleum jelly. Namun anda harus berhati-hati dengan bahan kimia ini sebab mampu menyebabkan kanser, alahan, dan iritasi kulit.

Ada begitu banyak bahan kimia yang terkandung di dalam produk kecantikan yang dijual secara bebas. Oleh kerana itu anda harus benar-benar meneliti kandungan bahan kimia di dalam produk kecantikan yang anda pakai.

Sebaik-baiknya carilah produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan semulajadi atau organik seperti NUTURE EUFORIA produk kecantikan keluaran Olive House yang di Formulasikan oleh Dr.Norman dan di'pantent'kan oleh Universiti tempatan Malaysia.

Nuture Euforia™ Serum
Produk Kecantikan Keluaran Olive House
>Dapatkan Produk Kecantikan ini Dengan Ejen Rasmi Kami<
>>Klik Disini Untuk Melihat Senarai Ejen Rasmi Kami Yang Berdekatan Dengan Anda<<


Produk ini diklasifikasikan sebagai PRODUK NATURAL ATAU ASLI kerana berdasarkan definasi yang diberikan untuk produk natural oleh ahli sains iaitu:

• Sesuatu produk di kira sebagai produk ‘natural’ atau ‘asli’ apabila ia mengandungi bahan daripada sumber semulajadi dan bukan daripada bahan yang dibuat secara sintetik dimakmal dan ianya termasuk herba, akar kayu, bunga-bungaan dan minyak asas tumbuhan dan termasuk juga bahan yang bukan dari tumbuhan seperti lilin sarang lebah (bee wax) dan mineral dari tanah.

• Bahan-bahan asli atau natural tadi perlu dicampurkan dengan pelbagai agen seperti:
o agen pembawa (carrier)
o agen pengawet (preservatives)
o agen pemisah (surfactants)
o agen pelembab (humectants)
o agen emulsi (emulsifier)

SUMBER RUJUKAN:
http://agentheraskin.com/10-bahan-kimia-berbahaya-dalam-produk-kecantikan/



No comments:

Post a Comment