Tuesday 29 January 2019

JAGA PEMAKANAN VS TAK JAGA PEMAKANAN

Coretan Muka Buku - Dr Zubaidi Hj Ahmad

27 JAN 2019
Beza orang yg jaga kesihatan dengan mereka yang tidak jaga kesihatan. Beza orang yg jaga pemakanan dengan mereka yang tidak jaga pemakanan.

Menjaga pemakanan adalah ibarat "kita menjaga iman". Jika kita menjaga iman, ketika kita memilih aktiviti yg kita mahu lakukan, pastikan ia adalah amalan yg paling Allah suka pada masa itu dan sangat bermanfaat untuk ummah.

Ketika kita pilih makanan kita, pastikan ia halal, datang dari sumber halal dan ia bermanfaat (toiyyib). Kita pilih untuk tidak makan secara berlebihan kerana semua akan dihisab.

Nampak tak keserasian antara amalan dan prinsip agama dengan aktiviti hidup kita.

Kita tak perlu risau pandangan dan penghargaan orang jika apa yang kita buat adalah amalan yang disebut dalam Quran dan Hadis.

Ambil minyak zaitun bukan saja untuk kesihatan tetapi ia sunnah yang disebut dalam hadis. Ia juga merupakan tumbuhan yg disebut dalam al Quran. Banyak kitab yang menyebut tentang minyak zaitun sebagai amalan spiritual dan amalan kesihatan.

Alhamdulillah saya kembali pada pemakanan yg betul. Rasa lebih bersemangat, lebih sihat dan lebih bertenaga.

Saya ambil satu sudu setiap pagi dan malam OLIVIE POWER UP (OPU) dan ada kalanya OLIVIE saja. Tak lupa juga vitamin E tocotrienol. Banyak membantu saya membaca dan menghafal.


Sumber rujukan: FB 
Dr Zubaidi Hj Ahmad



No comments:

Post a Comment