Showing posts with label Buah Tin. Show all posts
Showing posts with label Buah Tin. Show all posts

Monday, 28 November 2016

Masam cuka banyak khasiat (Cuka Buah-buahan)



Cuka buah-buahan sediaan tradisional tidak bertapis bantu jaga kesihatan jantung.

CUKA digunakan manusia sejak berabad yang lalu. Ini disebut dalam hadis, daripada Ummu Said RA, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya ALLAH, berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan golongan nabi sebelum aku.

Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Riwayat Muslim, Ibnu Majah) Khal iaitu istilah Arab bagi cuka.

Buah-buahan yang biasa digunakan untuk dijadikan cuka ialah anggur, tamar, tin (fig), epal dan pir. Ia juga disediakan daripada nira kelapa, nira nipah, beras dan gula tebu. Proses fermentasi atau penapaian membantu bakteria penapaian mengubah gula buahbuahan kepada etanol iaitu sejenis alkohol.

Apabila pemeraman diteruskan, bakteria asetik asid pula akan mengubah etanol kepada asid asetik.

Cuka yang digunakan orang zaman dahulu termasuk zaman Rasulullah SAW dan nabi terdahulu disediakan dengan memeram buah-buahan.

Sebaliknya cuka zaman moden yang biasa digunakan sebahagian besar suri rumah seluruh dunia hari ini adalah cuka buatan. Cuka buatan hanya terdiri daripada asid asetik dan air.

Walaupun cuka buatan berwarna jernih yang biasa dijual di kedai runcit dan pasar raya besar merupakan cuka gred makanan namun ia hanya mengandungi 5 peratus asid asetik yang dilarutkan dalam 95 peratus air. Tidak seperti cuka buahbuahan, cuka buatan kilang sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan kimia, organik, vitamin dan mineral.

Cuka Tin - Keluaran Olive House 
>Dapatkan Produk Cuka Tin ini Dengan Ejen Rasmi Kami< 

Khasiat cuka

Berdasarkan kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (karya Ibnu Sina) dan kitab Al-Tib Al-Nabawi (karya Ibnu Qaiyyim), cuka menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan manusia:
  • Membantu mencegah pembentukan penyakit berkaitan pembengkakan seperti bisul dan kanser.
  • Membantu membuang darah kotor dan melancarkan aliran darah.
  • Membantu mengharmonikan fungsi hati, melancarkan pembuangan toksin dan mengurangkan paras kolesterol.
  • Membantu mengharmonikan pergerakan usus dan melancarkan proses pencernaan makanan.
  • Membantu merawat masalah kerongkong, kahak dan batuk berpanjangan.
  • Membantu kulit daripada kesan kepanasan cahaya matahari (penulis: cuka bantu awet muda).
  • Membantu mengimbangi kadar asid-alkali dalam tubuh selain mengeluarkan lebihan garam.
  • Membantu metabolisme berjalan lebih lancar dengan membakar kalori secara lebih cepat.
  • Membantu tubuh menyerap kalsium secara lebih sempurna. Jadi, ia dapat menguatkan tulang dan gigi.
  • Membantu merawat masalah rahim (cuka cair boleh digunakan untuk menyiram vagina bagi memelihara kesihatan vagina dan keharmonian flora (bakteria) vagina).
  • Membantu menguatkan mata dan telinga.
  • Membantu merawat gastrik. Gastrik (gastritis) biasanya dipercayai akibat asid berlebihan dalam perut namun sesetengah pakar berpendapat gastritis dan asid refluks berpunca daripada kekurangan asid.
  • Membantu merawat masalah hempedu iaitu melarutkan batu hempedu yang terbentuk daripada kolesterol.
  • Mampu mencegah keracunan berpunca daripada pengambilan pelbagai jenis ubat.
  • Mampu meningkatkan kuantiti susu ibu.
  • Mampu melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (gangguan haid).
  • Mampu menghilangkan dahaga dan mengurangkan haba tubuh.

Berikut adalah beberapa sifat terapeutik cuka, bagaimanapun manfaatnya tidak terbatas kepada sifat yang dibincangkan dalam artikel ini:

1. Bersifat antibakteria. Asid organik cuka buah-buahan terutama asid asetik dikatakan masuk ke dalam sel melalui membran plasma dan membunuh bakteria di dalam sel. Makanan diperam dengan cuka memiliki asid organik bersifat antibakteria seperti asid laktik, askorbik, malik, sitrik, propionik, succinic dan tartarik.

2. Bersifat antioksidan yang berkuasa. Radikal bebas merupakan bahan utama yang menyebabkan stres oksidatif dalam tubuh. Jadi, bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan mampu menyekat serangan radikal bebas dengan menderma elektron.

3. Bersifat anti-hiperglisemik (menurunkan paras gula darah). Cuka dipercayai menghalang penghadaman karbohidrat kompleks secara penuh (hanya sebahagian karbohidrat kompleks diubah kepada gula ringkas). Pengambilan cuka untuk mengawal
paras gula darah penghidap diabetes disebut penulis dalam buku berjudul Diabetes Jenis 2 terbitan Alaf 21.


Profil lipid

Bahan antioksidan cuka buah-buahan dipercayai berupaya mengurangkan risiko kanser. Cuka Kurosu iaitu cuka beras tradisional Jepun didapati dapat menghalang pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser termasuk kolon, paru-paru, pundi kencing dan prostat.

Kibizu iaitu cuka tradisional Jepun yang diperbuat daripada gula tebu (bukan gula putih terproses) didapati berupaya menghalang pertumbuhan sel-sel leukemia. Mengambil cuka juga dikatakan mampu menghalang kanser esophagus.

Satu daripada mengawal berat badan dan menurunkan berat badan ialah mengambil cuka buah-buahan. Ia mempunyai sifat anti-obesiti dipercayai kerana ia membantu seseorang cepat berasa kenyang dan seterusnya kesan tersebut membantu  mengurangkan jumlah pengambilan makanan.

Cuka membantu kesihatan jantung dengan pelbagai cara. Bahan-bahan antioksidan dalam cuka buah-buahan dipercayai menghalang kerosakan arteri. Keadaan tersebut membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Bahan antioksidan cuka buah-buahan membantu mencegah kerosakan membran sel daripada kerosakan oksidatif. Mekanisme ini dipercayai menyebabkan paras kolesterol rendah (LDL rendah, HDL tinggi dan jumlah kolesterol serta trigliserida dalam julat
selamat). Selain itu cuka juga mampu mengurangkan tekanan darah.

Bahan berasaskan asid amino yang terdapat dalam cuka buah-buahan tidak bertapis dikatakan mampu membantu merawat kecederaan akibat kebakaran.

Pengambilan bakteria asid asetik pula dikatakan membantu mengurangkan kerosakan otot berpunca daripada keradangan yang berlaku selepas melakukan senaman atau kerja berat.

Pengambilan cuka dipercayai meningkatkan keupayaan kognitif pada manusia. Kajian mendapati bakteria asid asetik membina prekursor kepada bahanbahan binaan asas tisu otak dikenali sebagai sphingolipids.

Cuka buah-buahan dipercayai mampu membantu tubuh menyerap nutrien secara lebih cekap. Dalam hadis yang direkodkan Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baik (bahan) yang dicampurkan dalam hidangan adalah cuka.” (Riwayat Muslim)


Sumber Rujukan:
http://www.sinarharian.com.my/rencana/masam-cuka-banyak-khasiat-1.293515

Wednesday, 26 October 2016

Manfaat Buah Tin Bagi Kesehatan



Firman Allah SWT dan sabda Nabi SAW
Allah swt berfirman,
 ” Demi buah tin dan buah zaitun, demi gunung thursina,” (at-Tin: 1-2)
Abu Darda radhiallahu’anhu  meriwayatkan bahwa Nabi bersabda :
 “Sekiranya kukatakan ada buah-buahan yang turun dari surga maka itulah buah tin. Sebab, buah-buahan surga itu tanpa biji. Makanlah ia, karena ia dapat menghentikan wasir dan bermanfaat menyembuhkan encok“  (Dituturkan oleh Ibnu Qayyim dalam Zaadul Ma’aad )

 

Kandungan Nutrisi Buah Tin 

Hmm, itu sudah ada sejak 1.400 tahun yang lalu. Hmm, lalu apa saja kira-kira kandunga nutrisi buah zaitun? Lihatlah betapa banyaknya kandungan nutrisi yang terdapat di dalam buah tin. Adapun kandungannya per 100 gram, yaitu:

   1. Nutritional value per 100 g (3.5 oz)
   2. Energy 250 kcal 1040 kJ
   3. Carbohydrates 63.87 g
   4. Sugars 47.92 g
   5. Dietary fiber 9.8 g
   6. Fat 0.93 g
   7. Protein 3.30 g
   8. Thiamine (Vit. B1) 0.085 mg 7%
   9. Riboflavin (Vit. B2) 0.082 mg 5%
  10. Niacin (Vit. B3) 0.619 mg 4%
  11. Pantothenic acid (B5) 0.434 mg 9%
  12. Vitamin B6 0.106 mg 8%
  13. Folate (Vit. B9) 9 μg 2%
  14. Vitamin C 1.2 mg 2%
  15. Calcium 162 mg 16%
  16. Iron 2.03 mg 16%
  17. Magnesium 68 mg 18%
  18. Phosphorus 67 mg 10%
  19. Potassium 680 mg 14%
  20. Zinc 0.55 mg 6%


Manfaat Buah Tin Bagi Kesehatan

Professor J. A. Vinson, U of Scranton, USA menyebutkan bahwa buah Tin tidak mengandung garan, lemak dan kolesterol, tetapi mengandung lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tin, mengandung 20% daripada keperluan zat serat seharian untuk tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut.
  1. Mengobati wasir, hal itu dikarenakan buah ini berfungsi melancarkan (buang air besar) dan menahannya.
  2. Mengobati encok – meresapnya asam garam (urat) dalam persendian bisa dibuktikan dengan penjelasan berikut.Encok disebabkan oleh berlebihan makan daging merah yang menyebabkan kerusakan asam amino, yaitu asam sel somatic. Buah tin memiliki kaitan dengan enzim yang khusus mengubah trimethyl menjadi asam folat. Enzim yang biasanya bekerja dalam satu sisi saja maka ia bekerja dalam dua sisi sehingga seimbang. Oleh karena itu, obat-obatan dari luar melemahkan enzim, tetapi buah tin bisa menormalkan kinerja enzim.
  3. Buah tin kering terkaya akan serat, tembaga, mangan, magnesium, kalium, kalsium, dan vitamin K, relatif diperlukan terhadap kebutuhan tubuh manusia.  
  4. Buah tin karena kaya kandungannya akan serat, maka mampu mengurangi berat badan. Oleh karena itu Buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.
  5. Buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Dan mengandung garam pokok seperti: Kalsium, fosfor, zat besi yang membangun pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah.
  6. Kandungan-kandungan buah tin seperti serat, kalium, dan magnesium dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengontrol tekanan darah tinggi.
  7. Dalam sebuah studi, 40 gram bagian buah tin kering (dua ukuran medium tin) menghasilkan peningkatan yang signifikan dalam kapasitas antioksidan plasma dalam darah.
  8. Gabungan zat yang terkandung dalam buah tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, yaitu glukosa dan fruktosa mampu mengontrol kadar gula darah seseorang.
  9. Hasil penelitian dalam 100 gram buah Tin, mengandung 20% daripada kebutuhan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Penelitian menunjukkan, bahwa serat terlarut bisa membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (koion) .  
  10. Tin memiliki jumlah yang lebih kecil dari banyak nutrisi lain, ia memiliki efek pencahar dan mengandung banyak antioksidan, merupakan sumber yang baik flavonoid dan polyphenol.
  11. Kandungan serat yang terdapat di dalam buah tin dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil, untuk itu sangat cocok bagi penderita penyakit kencing manis.  
  12. Buah tin dipergunakan sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
  13. Buah tin mengandung khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain, ia tidak mengandung garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandung lebih tinggi kalium, serat dan zat besi.
  14. Buah Tin dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanker, ia mengandung "polyphenols" yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanker.  
  15. Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanker, yaitu "benzaldehyde" dan "coumarins". "Benzaldehyde" telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor sedangkan "coumarins" adalah untuk merawat kulit dan kanker prostate.
  16. Buah tin telah dikenal kemujarabannya oleh ahli pengobatan tradisional pada dekade terakhir ini, khususnya pengobatan herbal, dan diakui secara medis menyembuhkan berbagai penyakit seperti: Mengobati luka-luka, borok, flu burung, maag, gangguan sirkulasi menstruasi pada wanita dan luka bakar.
  17. Buah tin kering mengandung kadar gula tinggi, dan sangat bagus dikonsumsi oleh anak-anak, orang diet dan olahragawan, tetapi hendaknya dihindari oleh penderita gula tinggi dan kolesterol.
  18. Buah tin mengandung kalium, omega tiga dan omega enam yang berfungsi untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung koroner.
  19. Kandungan coumarin dalam buah tin dapat mengurangi risiko kanker prostat. Buah tin juga mengandung kalsium untuk mencegah osteoporosis dan membantu meningkatkan kepadatan tulang.
  20. Kandungan kalsium yang tinggi membuat buah tin dapat dimakan sebagai alternatif asupan kalsium bagi orang yang alergi terhadap produk susu.
  21. Kandungan trytophan-nya dapat menghindari insomnia dan membuat kualitas tidur yang baik.
  22. Pektin yang terdapat di dalam buah tin pun dapat membantu mengurangi kolesterol darah.
  23. Buah tin sangat efektif untuk proses penurunan berat badan karena kaya serat.
  24. Jika dikonsumsi secara rutin, dapat membantu mengurangi risiko kanker payudara dan kanker usus besar.
  25. Rajin mengkonsumsi buah tin dapat mengurangi kelelahan, meningkatkan daya memori otak, dan mencegah anemia.
  26. Efek pencahar yang terkandung dalam buah tin dapat membantu mengobati sembelit kronis.
  27. Buah tin kaya akan fenol dan benzaldehid yang berguna sebagai zat anti tumor serta dapat membunuh mikroorganisme penyebab penyakit, jamur, virus dalam tubuh manusia.
  28. Selain buahnya, daunnya juga memiliki manfaat. Beberapa manfaatnya yaitu untuk obat kencing batu, diabetes, dan asam urat.
  29. Rebus lima ruas daun tin, lalu diminum airnyai. Air rebusan tersebut dapat membantu pasien diabetes mengurangi jumlah asupan insulin dan infeksi ginjal.
Bagaimana? Sangat banyak sekali bukan? Itulah 29 Manfaat Buah Tin Bagi Kesehatan yang bisa anda peroleh, semoga bermanfaat bagi para pembaca semua.